Pancing Harta Karun Di LONGKANG?
Oleh ROSMINAH HAJI BAKKANG
New York merupakan salah sebuah kota metropolitan tersibuk di dunia. Pada waktu kemuncak, bandar ini akan berubah menjadi lautan manusia. Ketika itu, jutaan orang ramai mulai bepusu-pusu berjalan kaki membanjiri sepanjang laluan kota untuk ke tempat kejadan melakukan urusan harian. Sampaikan dalam kesibukan itu, tidak ada sedikitpun diantaranya menyedari barang-barang mereka terjatuh atau tercicir di jalanan.
Eliel Santos, seorang lelaki dari Puerto Rico, menetap di Bronx, tidak mensia-siakan peluang tersebut di mana beliau menjadikan kecuaian orang ramai sebagai satu kerjaya yang mengutungkan. Untuk melakukan kerjayanya itu, dia hanya tidak duduk diam dan menunggu rezeki datang bergolek. Sebahagian besar waktu terluang dengan banyak dihabiskan dengan berjalan-jalan di sekitar kota.

Sambil merayau, matanya sesekali meninjau-ninjau kedalam saluran air. Apabila ada sesuatu yang menarik perhatiannya, dia dengan segera mengeluarkan alat pancing dan mulai memancing barang yang ditemukainya.
Modus yang digunakan oleh Eliel lebih kurang sama seperti ahli joran saat memancing ikan. Cuma cara lelaki ini sangat 'sempoi', di mana dia hanya menggunakan tali kemudiannya diikat pada sebuah pemberat kecil yang sebelumnya telah dilumur dengan gam tikus.
Dengan menggunakan alat tersebut, Eliel akan menarik keluar apapun barang berharga oleh orang ramai ke dalam longkang. Menariknya, sejak melakukan kerja-kerja tersebut, hasil 'tangkapannya' jarang sekali mengecewakan. Malah, kadang-kadang apa yang ditemuinya di luar jangkaannya.
Menurut Eliel, selama lapan tahun berkecimpung dalam profesion ini, beliau sering menjumpai wang tunai dan gadget seperti IPhone. Manakala, benda paling bernilai yang pernah dijumpainya adalah barang perhiasan berupa gelang berlian dan emas seberat 18karat. Selain itu, dia juga pernah menjumpai pisau berlumuran darah di Brooklyn, tetapi tidak berani menyentuhnya.
Tambah beliau lagi, sebahagian besar 'tangkapan' terbesar itu akan digadai. Tapi, bukan semua barang kemas yang dijumpainya dijual. Selalu juga dimana beliau memberikan barang perhiasan itu kepada isteri tersayang. Sampaikan setiap kali dia berbuat demikian, si isteri sering bertanya sama ada ia dibeli atau dijumpai.
Memang benar, kerja Eliel tidaklah segah profesinal lainnya. Tapi, sekurang-kurangnya lelaki berkulit hitam ini berusaha untuk mencari rezeki. Kata orang, rezeki terpijak. Kalau bernasib baik, harta karun bernilai ribuan ringgit boleh diperoleh dalam masa beberapa jam sahaja.
Eliel memberitahu, kerja yang dilakukannya memerlukan kesabaran. Dan berkat sikapnya yang optimis, lelaki berkulit hitam ini tetap bersyukur walaupun kadang-kadang pendapatannya kurang daripada USD150 iaitu RM 650 sehari. Namun jika tuah menyebelahinya, beliau boleh mengumpul pendapatan melebihi USD1,000 iaitu RM 4,800 sehari. Malah, sebelum ini dia pernah memperoleh keuntungn paling besar iaitu mencecah sehingga USD1,800 iaitu RM 8,640 dalam masa sehari.
Justeru, pesan Eliel kepada para pejalan kaki di sekitar bandar New York, jika anda menjatuhkan barang berharga, beliau akan mengambilnya. Ini kerana, katanya, sering terjadi di mana para pelancong yang membanjiri sekitar kota New York tidak meletakkan wang mereka ke dalam dompet selepas berbelanja di kaki lima. Apabila leka bergambar, mereka tidak sedar duit terjatuh. Jadi, berhati-hati. Jangan cuai sehingga barang peribadi tercicir atau terjatuh tanpa disedari.
Eliel awalnya hanyalah pemuda biasa yang sering lalu lalang di sekitar kota New York. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, dia melihat seorang lelaki - tampak kebingungan kerana kuncinya terjatuh kedalam saluran air berpenutup jeriji besi. Disebabkan tidak boleh mengambilnya, lelaki itu berusaha mencari tukang kunci bagi mendapatkan kunci baru untuknya.
Tanpa berlengah, Eliel segera mendekati lelaki tersebut dan menawarkan bantuan. Dia kemudian berlari ke kedai untuk membeli gam tikus, lalu disapu ke batu sebelum diikat dengan tali. Setelah siap, dia menurunkannya pada kedalaman 15 kaki melalui batang-batang besi. Selepas berjaya mengeluarkan kunci itu,lelaki itu kemudian memberikan Eliel wang sebanyak USD50 iaitu RM 240 sebagai tanda terima kasih. Bermula dari sinilah Eliel menyedari bahawa cara tersebut sebenarnya boleh menghasilkan wang.
Hakikatnya, Eliel melakukan perkara itu bukanlah atas dasar wang ringgit semata-mata. Ada masanya, beliau tidak keberatan membantu orang lain untuk mengambil barang berharga mereka yang terjatuh ke dalam longkang bergerigi besi. Sebagai contoh, sebelum ini dia pernah membantu seorang lelaki mengambil cincin kahwinnya yang tercicir ke dalam saluran air.
Selain Eliel, khabarnya ada seorang lagi memiliki profesion yang sama sepertinya, iaitu Raffi Stephanian. Akan tetapi modus yang digunakan Stephanian berbeza dengan Eliel, dimana dia menggunakan pisau dan penyepit untuk mengambil barang terjatuh dari dalam longkang.
Benarlah, rezeki itu ada dimana-mana sahaja asalkan rajin berusaha. Sekian der...
Comments
Post a Comment